Ketahui cara mengenal pasti yang palsu dan hanya kongsi fakta sebenar!
Mulakan pengembaraan anda...
Nilai kemahiran semakan fakta anda!
Adakah skor anda menentukan sama ada anda seorang pemula, pemeriksa fakta, atau pakar?
Uji kemampuan anda sekarangApa itu disinformasi?
Jenis-jenis disinformasi
7 jenis maklumat yang dimanipulasi
#TAHUKAHANDA1
Contoh sambungan yang palsu
Video Tiktok ini menunjukkan sebuah perhimpunan pilihan raya di Malaysia pada Oktober 2022. MalaysiaKini dan FaqCheckLab dapat membuktikan bahawa ia sebenarnya adalah perhimpunan di Taiwan pada tahun 2019.
Satira Atau Parodi
Penggunaan jenaka atau ironi untuk mengejek akan kehilangan konteks sebagai parodi melalui perkongsian semula.
Kandungan Yang Mengelirukan
Penggunaan makluman yang mengelirukan, contohnya dengan mengemukakan ulasan sebagai fakta.
Kandungan Penyamar
Kandungan palsu atau mengelirukan dengan menggunakan logo daripada tokoh terkenal atau wartawan.
Kandungan Rekaan
Kandungan baru yang 100% palsu, dicipta untuk menipu dan mendatangkan mudarat.
Konteks Palsu
Apabila kandungan tulen dikongsi dengan maklumat kontekstual palsu.
Kandungan Yang Dimanipulasi
Apabila maklumat atau imej tulen dimanipulasi untuk menipu.
Konteks Palsu
Apabila tajuk, visual atau kapsyen tidak menyokong kandungan
Siapa Sebar Disinformasi
Propaganda
Propaganda adalah bentuk misinformasi yang mempengaruhi keyakinan dan pendapat orang.
Cerita Berita Rekaan
Kisah-kisah berita palsu adalah salah satu bentuk misinformasi yang cuba kelihatan seperti berita sebenar, sering kali menggunakan kandugan yang mencetuskan reaksi emosi.
Khabar Angin
Maklumat salah dalam bentuk khabar angin boleh tersebar dengan cebat melalui media sosial dan perbualan, menyebabkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai dan sukar untuk disahkan.
Bias Pengesahan
Bias pengesahan boleh menyebabkan orang ramai menyebarkan maklumat salah dengan menerima dan berkongsi maklumat yang sejajar dengan kepercayaan mereka, tanpa mengira ketepatannya.
Ruang Gema
Algoritma media sosial yang mengutamakan kandungan berdasarkan minat kita boleh mewujudkan ruang gema, mengehadkan pendedahan kepada sudut pandangan alternatif.
Siapa Yang Sedang Menyebarkan Maklumat Salah?
Niat Jahat
Niat Baik
Niat Jahat
Niat Baik
Niat Jahat
Niat Baik
Niat Jahat
Niat Baik
Apa Yang Boleh Anda Lakukan
Kemahiran Mengesahkan Fakta
Jom Main!
Cari gambar terbalik atau gunakan mata untuk mencari petunjuk dari 4 gambar di bawah! Jika anda menggunakan pelayar Chrome, tekan lama pada gambar dan pilih “Cari Imej dengan Google“. Sebagai alternatif, muat turun gambar tersebut dan gunakan Pencarian Imej Aplikasi Google . Ikuti kuiz apabila anda sudah bersedia!
Apakah Kemahiran Lain Yang Boleh Digunakan?
Rujuk Pelbagai Sumber
- Apabila anda menemui maklumat baru, cari sumber lain untuk mengesahkan maklumat tersebut.
- Cari sumber yang boleh dipercayai daripada organisasi yang dipercayai.
- Semak pengarang, penerbit, dan tarikh terbitan.
- Bandingkan sumber yang berbeza untuk mencari sudut pandangan yang sama atau berbeza.
- Rujuk lebih banyak sumber sehingga anda yakin dengan maklumat anda.
Kredibiliti
-
Ketahui siapa di sebalik maklumat – pengarang, penerbit atau laman web.
-
Semak sama ada sumber itu boleh dipercayai dengan melihat kepakaran pengarang, reputasi penerbit dan tarikh penerbitan. Jangan lupa untuk beri-hati terhadap pandangan berat sebelah atau konflik kepentingan!
-
Sumber yang boleh dipercayai menyediakan bukti atau petikan untuk menyokong tuntutan mereka. Bandingkan dengan sumber lain yang dipercayai untuk melihat sama ada semua orang bersetuju atau terdapat sebarang pendapat yang berbeza.
Enjin carian
-
Pergi ke enjin carian seperti Google dan gunakan “tanda petik” untuk mencari ayat tepat, tanda tolak untuk mengeluarkan perkataan atau site: untuk mencari dalam laman web tertentu.
-
Semak hasil carian untuk sumber yang boleh dipercayai. Contohnya, jika seseorang mengatakan cuka menyembuhkan kanser, terokailaman perubatan yang boleh dipercayai untuk mencari kebenaran.
-
Perhalusi carian anda sehingga anda yakin dengan pemahaman anda.
Siapa yang boleh menolong?
Asah kemahiran anda dengan laman web pembelajaran ini!
Kandungan Pengguna / Pencipta
Platforms
Ketahui bagaimana platform media sosial ini memerangi berita palsu dan maklumat yang tidak benar di seluruh dunia!
Lakukan Sesuatu
Ingin Mengetahui Lebih Lanjut?
Ambillah peluang ini untuk melanjutkan pengajian dalam kursus-kursus yang berkaitan seperti kewartawanan!
EducationUSA (EdUSA)
EdUSA menyediakan rundingan dan pembentangan bagi perkara-perkara berkaitan pembelajaran tinggi di Amerika Syarikat, seperti kursus penggjian, visa, dan tempat tinggal. Terdapat dua pusat EdUSA di Malaysia – satu di American Tech Corner Penang, dan satu di American Youth Corner Kuala Lumpur.
Young Southeast Asian Leadership Initiative (YSEALI)
Khas untuk mereka berumur 18-35 tahun, para peserta bagi program pertukaran felo akademik dan profesional YSEALI akan berada di Amerika Syarikat selama lima minggu dan mendalami amalan terbaik daripada para pakar di sana.
Program Fulbright
Fulbright membiayai pelbagai jenis program akademik di Amerika Syarikat seperti sarjana muda dan sarjana, fellowship, program pelajaran dan pertukaran, dan juga program pembantu pengajar bagi guru-guru Malaysia.
The American Corner
America Spaces (juga dikenali sebagai America Corners) adalah pusat bagi komuniti tempatan untuk mendapatkan info mengenai Amerika Syarikat, dan juga untuk orang muda mengasah kemahiran mereka dalam Bahasa Inggeris, STEM, dan subjek-subjek lain. Di Malaysia, American Corner terletak di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.